kisah dan resepi ini saya dapat dari facebook.perkongsian dari puan Nazatul Shiha yang menarik dan berguna untuk ibu² yang memasak bubur dalam kuantiti sedikit, biasanya untuk baby.. ♥♥♥
Assalamualaikum & good day
Saya nak share satu resipi mudah. Resepi ini saya belajar dari mentor saya, Prof Lucy Lum dari PPUM. Kisah saya mendapat resepi ni agak menarik. Sewaktu saya masih dalam tahun ketiga perubatan, salah satu posting yang penting adalah Paediatrics / Kanak - kanak. Dalam posting tersebut, terdapat beberapa slot di mana kami perlu melawat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) di Klang. Ketika melihat pesakit di sana, pensyarah akan mengajar kami secara langsung dalam satu kumpulan yg kecil , dalam 10 orang pelajar. Salah seorang ibu pesakit yang kami temui hari itu adalah seorang wanita India yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Jadi Prof Lucy meminta saya menjadi tukang alih bahasa untuk wanita itu.Prof Lucy ingin mengajar wanita itu cara membuat bubur nasi yang mudah untuk anaknya. Maka sayapun menjalankan tugasan itu sebaik yang mungkin. Selepas habis satu ayat dari Prof Lucy dalam bahasa Inggeris, maka saya akan memberitahu wanita itu dalam Bahasa Malaysia. Hasilnya, sehingga kini saya masih dapat mengingati resepi mudah itu walaupun sudah hampir 16 tahun kisah itu berlalu.
My First Baby Porridge
1. Masak nasi seperti biasa untuk satu keluarga di dalam rice cooker elektrik
2. Ketika nasi baru saja kering, ambil secedok nasi di bahagian permukaan tengah dan masukkan nasi itu ke dalam sebuah mangkuk kaca/aluminium kecil. Jangan guna mangkuk plastik. Pastikan masih ada ruang yang banyak di dalam mangkuk itu (jangan letak nasi sampai padat).
3. Letakkan kembali mangkuk itu di dalam rice cooker, menggantikan tempat nasi dicedok tadi. Tuangkan air yang baru mendidih (boiling water) ke dalam mangkuk itu. Tutup periuk nasi, dan biarkan nasi masak seperti biasa. Serentak dgn itu bubur itu juga akan masak.
**Inilah cara mudah dan cepat untuk memasak bubur dalam kuantiti yang sedikit dan tidak memerlukan untuk mengguna periuk kecil yg lain. Bubur boleh masak serentak dengan hidangan nasi sekeluarga.

Serbuk Ikan Bilis
1. Basuh segenggam ikan bilis hingga bersih. Rendamkan selama setengah jam untuk membuang lebihan garam. Jemur ikan bilis tadi di bawah panas matahari sehingga airnya kering, atau boleh juga panaskan sekejap di dalam microwave oven.
2. Goreng ikan bilis tanpa minyak sehingga garing. Biarkan sejuk.
3. Kisar ikan bilis itu menggunakan blender kering sehingga hancur.
4. Simpan di dalam bekas kedap udara. Jika dibuat dengan bersih dan tidak terkena air, serbuk ikan bilis ini boleh tahan selama seminggu di dalam suhu bilik.

Bubur nasi bersama serbuk ikan bilis.
1. Setelah bubur nasi tadi masak, masukkan sedikit serbuk ikan bilis
2. Masukkan beberapa titik minyak bijan dan gaul sehingga rata.
3. Boleh juga letakkan sedikit daun bawang yang dicincang halus.
2. Masukkan beberapa titik minyak bijan dan gaul sehingga rata.
3. Boleh juga letakkan sedikit daun bawang yang dicincang halus.
Bubur ini sangat berkhasiat dan seimbang kerana mempunyai karbohidrat (dari bubur), kalsium (dari ikan bilis), dan vitamin serta fiber (dari daun bawang). Cubalah!
No comments:
Post a Comment