kali ini nak cerita pasal kedai makan pula, saya suka pergi kedai ni..Bakti Station Cafe - 3.061140, 101.421240 - ianya terletak di jalan bakti, kampung rantau panjang, klang, selangor.
sebab :
1- dekat dengan rumah, tak perlu lintas highway shapadu yg setiap masa sibuk dengan lori treler tu..jimatlah minyak kannn
2- walaupun cafe ini terletak dalam kampung, tetapi makanan dia setanding dengan cafe² di bandar ya..dijamin memang sedap...kalau tak sedap,mana mungkin saya suka..kih3
3- menu dia..perghhh pelbagai pilihan, dah banyak kali saya pergi tapi masih belum jemu.. macam² yang saya nak cuba rasa masakan dia..walaupun dah banyak kali rasa kih3
4- keadaan kedai yang bersih, dari dapur sampai ruang makan.. berkilat.. tak percaya?? pergilah tengok sendiri..
5- dikelilingi pokok², masuk je kedai rasa sejuk dan nyaman je..
6- premis kedai yang cantik dan moden ..taklah terasa macam membeli dalam kampung,walau hakikatnya masih dalam kampung..hehe tepi jalan besar je, bukanlah di ceruk kampung sangat..
7- saya suka makan laksa, tapi susah gak nak cari laksa malam².. di kedai ni boleh dapat laksa malam² buta...
kedai buka dari siang (saya tak pasti pukul berapa) sampailah ke pukul 11 malam.
nahhh zura bg gambar kedai...kalau nak gambar makanan pergilah order sendiri..saya selalu bungkus je kih3
|
ini antara menu Bakti Station Cafe.
ada lagi menu lain tau.. |
|
hehe.. ini pakcik yang selalu saya nampak siapkan hidangan..
cool je pakcik ni..ada lagi staff lain.. |
|
maaflah ye, gambar gelap..
saya pergi malam² je..kambing bakar!!!! |
|
sebelah bakti station ni ada kedai handphone,
kalau rasa² nak online takda kredit tu,
bolehlah beli topup situ ye kih3 |
sekian saja dari saya...bye!! assalamualaikum... ☻