Followers

Thursday, 12 November 2015

tukang urut buat ayah

alhamdulillah..ayah saya stroke sejak 2 bulan lepas akibat 2 kali terjatuh kini dah boleh jalan semula. tempoh hari saya belikan ayah tongkat di DIY, klang parade..keesokannya mama saya call beritahu ayah saya hilang dari rumah.berpusing mereka cari, hihi rupanya ayah saya pergi bersiar keliling flat sensorang guna tongkat tu. seronok sangat agaknya dia dapat berjalan semula..syukur pada allah..saya jadi terimbas kenangan membawa ayah berurut.

kali pertama waktu tu, saya datang rumah ayah, dah lewat petang ayah mengadu yang dia sakit belakang. ayah kata nak pergi urut dengan Wak Gimin di Meru, dia dah pergi situ. saya tanya ayah tahu ke lokasi rumah tu? ayah kata tahu. senang je, dekat kawasan jirat cina.rumahnya yang hujung sekali..alamak..jirat cina.yang saya tahu Fairy Park. memang top jirat tu.kalau sebelum ni pelanggan minta hantar barang berhampiran kawasan itu, saya akan terus menolak.saya terfikirkan anak-anak saya je.. tapi kali ini ayah saya yang minta..saya call adik.tapi sedang bekerja pula. tanya abang pula, dia balik Pahang kampung mertuanya. hari dah lewat petang, bermakna malam lah ke sana. saya dah serba salah sebenarnya. tapi nekadlah, untuk ayah.pukul 8 malam kami bertolak dari Shah alam ke Meru. sesampainya di Fairy Park...jeng jeng jeng...

ayah..mana rumah Wak Gimin?? itu.. ayah tunjuk..ehh bukan..yang itu..tunjuk rumah lain pula.akhirnya semua rumah di situ ayah kata rumah wak gimin.. ya allah..saya terlupa sesuatu...sejak kena stroke ayah kadang-kadang bercakap yang bukan-bukan, ingat-ingat lupa dia..lepas tu ayah kata..senang je kak ( kak ni nama panggilan saya oleh ayah ) akak tengok rumah batu besar yang ada kereta volvo je.saya tengok kawasan situ semua rumah kayu. takda pun rumah batu sebiji.saya pusing kawasan situ lebih 5 kali rasanya. allah je tahu macam mana perasaan saya waktu tu. lama- lama ayah pula dah bad mood, dah mula marah-marah. yelah tengah sakit kan..adik saya (adik yang ini takda kereta) yang ikut sekali di marahnya..

saya niat dalam hati, ya allah lindungilah anak-anak ku, permudahkanlah urusan ini..habis semua lorong kat situ kami pusing.akhirnya dengan berat hati saya katakan pada ayah, kita pusing lagi sekali..last..kalau tak jumpa juga, kita terpaksa balik. kita ikhtiar lain. pusingan last itu, ada pula kereta peronda polis sedang parking di sebelah jirat. alhamdulillah..kami berhenti bertanya pak polis. mereka tahu kawasan rumah Wak Gimin, tp tak tahu yang mana satu rumahnya.okey tahu kawasan je dah cukup bagi saya.nanti boleh tanya orang kat sana pula. pak polis cakap, rumahnya di kawasan jirat yang lagi satu, dan mereka bagi petunjuk jalan..baru saya tahu Meru ada 2 jirat cina rupanya...kikiki..dengan mudah rumahnya di jumpai..pergi ke jirat itu, masuk lorong terakhir, dan rumahnya di penghujung lorong. alhamdulillah....tapi takda pun kereta volvo kat rumah tu..pandai sungguh kan puan azura tu...hihihi.. lega rasanya dapat bawa ayah berurut..lain kali kena pergi pagi-pagi lah...

selain Wak Gimin, saya bawa ayah berurut dengan Hj. Daud Sirat ( klik sini untuk lihat gambar ).. tukang urut sangkar potong di Jalan Kebun..kawan-kawan yang syorkan ke sini..Hj Daud antara tukang urut yang terkenal di Klang..selepas tu saya cari tukang urut yang boleh datang ke rumah pula.alhamdulillah ianya memudahkan..saya guna khidmat saudara Hakimi dari Kahfi Reflexology dan lagi sorang tukang urut dari kampung Delek..saya lupa nak tanya namanya..sampai sekarang insyaallah saya akan cuba teruskan ayah berurut lagi. sehingga benar-benar pulih..insyaallah..
tukang urut shah alam
saudara Hakimi sedang urut ayah..
rm50 untuk sekitar shah alam.
kalau nak cari en Hakimi :
( klik sini untuk FB Kahfi Reflexology )

tukang urut Klang
yang ini tukang urut dari kampung delek..


#apa yang saya lakukan adalah terlalu kecil berbanding adik-adik yang sentiasa berada dekat dengan orang tua..tahniah dan syabas buat adik-adik ku..alhamdulillah
#terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan yang support barangan jualan saya..duit untung dari jualan itulah saya buat ngurut ayah..terima kasih kalian kerana beri peluang saya berbakti pada orang tua..

17 comments:

  1. Semoga ayah Azura bertambah-tambah sihat lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah 💐💐, semoga sihat selalu..

    ReplyDelete
  3. Semoga sihat dan cepat sembuh.,

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. bertuah parent awak ade ank mcm awk yg mengambil berat tentang kesihatan mereka.. smoga yang terbaik buat ayh awk dan kuatkan semangat dan byk2 bersabar dalam menguruskan mereka ya.. assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusslm..amiin..alhamdulillah..terima kasih byk2... sy cuba buat yg termampu...insyaallah

      Delete
  5. semoga ayah awaa cepat sembuh.:) doa byk2.

    ReplyDelete
  6. moga makin beransur sihat ya ayah azura..sama2 kita doakan..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..singgah dan berdoa agar ayah Azura lekas sehat. amin

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah boleh berjalan semula. Harap Nad dapat jaga parents sebaik ni akan datang nanti =)

    ReplyDelete
  9. Azura sy nk no tel awak Nk tanya ttg urut Saya cari orang yang boleh urut saraf utk mak saya

    ReplyDelete