Followers

Sunday 21 December 2014

mandi manda di port dickson

 

antara aktiviti cuti sekolah, bawa anak² mandi di port dickson.. dekat saja..jadilah kan..
anak saya 2 orang sahaja..alhamdulillah..tapi disebabkan yang sulong komplen, tak ada kawan nak sembang katanya...maka saya bawa anak buah lagi 2 orang..seronok sangat tengok anak² bergembira..kami naik bot ronda- ronda di sana, bayarannya rm40 untuk kami berenam..anak² dan suami naik banana..rm40 juga untuk 4 orang..katanya beri diskaun..harga asal rm15 untuk seorang..kami datang dari pukul 7 pagi sampailah petang... puas sepuas-puasnya mandi laut.. keh3


port dickson - seronok aiman naik bot

port dickson - ini je pic yang ada, sebab pic lain
saya terpadam..hahaha kesian saya tau

Sunday 23 November 2014

cara mudah memasak bubur nasi sedap

kisah dan resepi ini saya dapat dari facebook.perkongsian dari puan Nazatul Shiha yang menarik dan berguna untuk ibu² yang memasak bubur dalam kuantiti sedikit, biasanya untuk baby.. ♥♥♥

Assalamualaikum & good day 
Saya nak share satu resipi mudah. Resepi ini saya belajar dari mentor saya, Prof Lucy Lum dari PPUM. Kisah saya mendapat resepi ni agak menarik. Sewaktu saya masih dalam tahun ketiga perubatan, salah satu posting yang penting adalah Paediatrics / Kanak - kanak. Dalam posting tersebut, terdapat beberapa slot di mana kami perlu melawat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) di Klang. Ketika melihat pesakit di sana, pensyarah akan mengajar kami secara langsung dalam satu kumpulan yg kecil , dalam 10 orang pelajar. Salah seorang ibu pesakit yang kami temui hari itu adalah seorang wanita India yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Jadi Prof Lucy meminta saya menjadi tukang alih bahasa untuk wanita itu.Prof Lucy ingin mengajar wanita itu cara membuat bubur nasi yang mudah untuk anaknya. Maka sayapun menjalankan tugasan itu sebaik yang mungkin. Selepas habis satu ayat dari Prof Lucy dalam bahasa Inggeris, maka saya akan memberitahu wanita itu dalam Bahasa Malaysia. Hasilnya, sehingga kini saya masih dapat mengingati resepi mudah itu walaupun sudah hampir 16 tahun kisah itu berlalu.
My First Baby Porridge
1. Masak nasi seperti biasa untuk satu keluarga di dalam rice cooker elektrik
2. Ketika nasi baru saja kering, ambil secedok nasi di bahagian permukaan tengah dan masukkan nasi itu ke dalam sebuah mangkuk kaca/aluminium kecil. Jangan guna mangkuk plastik. Pastikan masih ada ruang yang banyak di dalam mangkuk itu (jangan letak nasi sampai padat).
3. Letakkan kembali mangkuk itu di dalam rice cooker, menggantikan tempat nasi dicedok tadi. Tuangkan air yang baru mendidih (boiling water) ke dalam mangkuk itu. Tutup periuk nasi, dan biarkan nasi masak seperti biasa. Serentak dgn itu bubur itu juga akan masak.
**Inilah cara mudah dan cepat untuk memasak bubur dalam kuantiti yang sedikit dan tidak memerlukan untuk mengguna periuk kecil yg lain. Bubur boleh masak serentak dengan hidangan nasi sekeluarga.
Serbuk Ikan Bilis
1. Basuh segenggam ikan bilis hingga bersih. Rendamkan selama setengah jam untuk membuang lebihan garam. Jemur ikan bilis tadi di bawah panas matahari sehingga airnya kering, atau boleh juga panaskan sekejap di dalam microwave oven.
2. Goreng ikan bilis tanpa minyak sehingga garing. Biarkan sejuk.
3. Kisar ikan bilis itu menggunakan blender kering sehingga hancur.
4. Simpan di dalam bekas kedap udara. Jika dibuat dengan bersih dan tidak terkena air, serbuk ikan bilis ini boleh tahan selama seminggu di dalam suhu bilik.
Bubur nasi bersama serbuk ikan bilis.
1. Setelah bubur nasi tadi masak, masukkan sedikit serbuk ikan bilis
2. Masukkan beberapa titik minyak bijan dan gaul sehingga rata.
3. Boleh juga letakkan sedikit daun bawang yang dicincang halus.
Bubur ini sangat berkhasiat dan seimbang kerana mempunyai karbohidrat (dari bubur), kalsium (dari ikan bilis), dan vitamin serta fiber (dari daun bawang). Cubalah! 


Thursday 20 November 2014

Segmen Blogwalking by DJH

Assalamualaikum dan salam sejahtera....



KLIK BANNER DI ATAS

Monday 19 May 2014

rezeki pemberian dari allah - alhamdulillah

semalam sy ke ampang,hantar barang milik seorang hamba allah yang dah banyak kali jugalah berurusan dengan saya.setiap kali jumpa,beliau pasti berikan buah tangan untuk anak²..rasanya dah macam² dia bagi..
tapi pertemuan kali ni buat saya rasa terharu sangat.sebelum nak datang,beliau dah pesan suruh bagitahu awal².katanya nak buat kan cup cake untuk anak² (saya selalu datang mengejut..hihi).msg tu buat sy terdiam seketika,lama gaklah baru reply..saya hilang kata².memang dah banyak yang beliau bagi..saya rasa segan,terkejut,terharu macam² yang rasa masa tu.
terima kasih ya allah...syukur alhamdulillah saya dipertemukan dengan insan² yang sangat baik hati..teringat kata² ustazah noraini "berkawanlah dengan orang baik²,orang baik² akan sentiasa mendoakan yang baik² untuk kawan² nya, orang baik² akan sentiasa ingat kawan² nya, orang baik² akan sentiasa prihatin pada kawan² nya,orang baik² akan sentiasa mengajak kawan²nya ke arah yang di redhai allah" semoga kehidupan kita sama² diberkati allah swt.semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki..aamiiinn..


terima kasih kak..perasaan yang sukar dijelaskan..
HADIAH DAN SEDEKAH yang beliau berikan
untuk anak².. 


Thursday 1 May 2014

senyum juga sedekah :)



berilah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan


【ツ】 Senyum ringan tak bersuara tapi penuh makna.
【ツ】 Senyum murah tapi tak ternilai dengan harga.
【ツ】 Senyum tak perlu tenaga tapi besar motivasinya.
【ツ】 Senyum hal yang mudah tapi selalu nampak indah.
【ツ】 Senyum satu hal yang biasa tapi boleh jadi istimewa.
【ツ】Senyum ibadah yang paling mudah tapi berpahala setara dengan sedekah.
【ツ】 Penuhilah hari-hari kita dengan senyuman manis agar semua orang ikut tersenyum bersama kita...【ツ】


senyum lah :)






Wednesday 30 April 2014

bangkit dari kejatuhan itu luar biasa

   




Hidup ini penuh dengan cabaran…
Halangan…dan dugaan…
Jika anda jatuh, janganlah mudah mengalah, bangunlah dan katakan…
“Sape tolak nie?!!!” tak nampak orang ke?!!!


entahlah monyet kih3

"like" already k haha