Followers

Saturday 24 January 2015

Bakti station cafe


kali ini nak cerita pasal kedai makan pula, saya suka pergi kedai ni..Bakti Station Cafe - 3.061140, 101.421240 - ianya terletak di jalan bakti, kampung rantau panjang, klang, selangor.
sebab :
1- dekat dengan rumah, tak perlu lintas highway shapadu yg setiap masa sibuk dengan lori treler tu..jimatlah minyak kannn
2- walaupun cafe ini terletak dalam kampung, tetapi makanan dia setanding dengan cafe² di bandar ya..dijamin memang sedap...kalau tak sedap,mana mungkin saya suka..kih3
3- menu dia..perghhh pelbagai pilihan, dah banyak kali saya pergi tapi masih belum jemu.. macam² yang saya nak cuba rasa masakan dia..walaupun dah banyak kali rasa kih3
4- keadaan kedai yang bersih, dari dapur sampai ruang makan.. berkilat.. tak percaya?? pergilah tengok sendiri..
5- dikelilingi pokok², masuk je kedai rasa sejuk dan nyaman je..
6- premis kedai yang cantik dan moden ..taklah terasa macam membeli dalam kampung,walau hakikatnya masih dalam kampung..hehe tepi jalan besar je, bukanlah di ceruk kampung sangat..
7- saya suka makan laksa, tapi susah gak nak cari laksa malam².. di kedai ni boleh dapat laksa malam² buta...

kedai buka dari siang (saya tak pasti pukul berapa) sampailah ke pukul 11 malam.

nahhh zura bg gambar kedai...kalau nak gambar makanan pergilah order sendiri..saya selalu bungkus je kih3

kedai makan rantau panjang Bakti station cafe
ini antara menu Bakti Station Cafe.
ada lagi menu lain tau..

kedai makan rantau panjang Bakti station cafe
hehe.. ini pakcik yang selalu saya nampak siapkan hidangan..
cool je pakcik ni..ada lagi staff  lain..

maaflah ye, gambar gelap..
saya pergi malam² je..kambing bakar!!!!

sebelah bakti station ni ada kedai handphone,
kalau rasa² nak online takda kredit tu,
bolehlah beli topup situ ye kih3

sekian saja dari saya...bye!! assalamualaikum... ☻


1 comment:

  1. Aah...memang sangat puas hati makan di sini...selesa suasana malam syok...xrugi dtg sini tau...mai mai mai...hiii

    ReplyDelete