Followers

Tuesday 6 September 2016

Pokok Tin

Hai..Assalamualaikum
Lama sungguh tak menconteng blog. Rindunya!! Syukur, hari ni diberi kesempatan.
Saya nak kongsi cerita pokok TIN atau dalam bahasa jawa dipanggil FIG TREE. sekarang pokok ini digemari ramai. Dari tahun 2014 saya impikan pohon syurga ni, mungkin waktu tu mendengarkan harganya yg agak mahal dan semangat pun tak berapa nak kuat, so saya pendam je lah Hihihi.
Mulanya terjebak sewaktu saya pergi stadium shah alam. Kununnya nak cari pokok herba untuk koleksi. Boleh pula ada peniaga yang menjual pokok TIN ni. Banyak tersusun, selalu saya tengok di online je.. sekali tengok depan mata, tak boleh tahan sabar pula. So terbelilah dengan harga rm120. Minta kurang dapatlah rm100. tak jadilah beli pokok herba hari tu.. poket dah kempis hihihi
Pokok pertama saya variety Black Jack (menurut kata peniaga tulah)
Tapi bila dah besar ni, macam bukan black jack je..Haha
Biar dululah..Saya belum arif lagi.

Kemudian saya pun carilah cara penjagaan pokok ni. Excited lah katakan. Dalam kununnya nak study cara jaga tu, saya ternampak lah pula iklan orang jual pokok TIN harga rm50. Offer katanya. Saya hubungi peniaga tu, menurut kata peniaga tu saya masih baru, tak sesuai tanam pokok rm50 tu. Takut mati. Jadi dia suruh ambil yang rm70 harga asal rm90, saiznya besar sikit dan daunnya lebih banyak berbanding pokok yang murah tu.
Alhamdulillah..itulah ceritanya saya ada 2 pokok TIN..sekarang ni pokok TIN saya dah berbuah tau. Ambil masa lebih kurang 4 ke 5 bulan untuk berbuah. Cepatkan?
Seronok bila tengok pokok yang kita tanam pertama kali berbuah. Syukur rezeki pemberian allah.
Jom saya belanja gambar. Tengok tau.. hihi

No comments:

Post a Comment